Sunday, January 31, 2010

PC Depot AS Hampeh

Tadi aku baru ambil motherboard aku yang rosak di PC Depot Alor Setar.. tak sampai sebulan pakai dah rosak.. disebabkan ada waranti lagi aku hantar la kat diorang untuk tukar.. tapi sebab diorang takdak stok diorang hantar Perai untuk repair.. masa diorang amik tu punyalah manis janji2 yang ditaburkan.. kalau boleh nak siapkan dalam tempoh seminggu.. paling lama pn 2 minggu.. aku pn takpe laa bagi je laa sebab dah rosak.. nak wat cane kan..

pastu bermula laa episod tepon menepon antara aku ngan PCD.. tiap kali tanya je mesti cakap tak tau laa diorang (Perai) lambat.. hampeh betul.. 3 minggu aku menunggu baru siap.. yang aku marah sangat tu masa awal2 dulu cakap 2 minggu je siap.. berjanji bukan main.. memang servis busuk laaa.. teruk sangat..

lepas 3 minggu tunggu dengan penuh sabar marah aku pn pi la amik.. aku p sekali dengan CPU aku laa sebab ingat nak minta diorang test seksiap takut nanti balik rumah tak ok lagi.. masa aku serah CPU aku tu dia tanya aku "nak suruh pasang sekali ke? kalau nak minta pasang kena bayar" aku pn tanya laa "kena bayar berapa?" dia jawab RM20.. gila ke ape.. pasang motherboard je pn kena caj 20.. aku dengan geramnya pn cakap laaa "tak payah laa.. I boleh pasang sendiri.. bukan susah pn.. masa amik U pandai pula buka motherboard tu..  nak pasang balik minta caj.." aku pn blah terus..

Memang teruk gila PC Depot AS.. kalau orang kampung yang tak reti pasang tu boleh laa dia nak pekena.. memang tak logik langsung pasang MB je pn kena RM20.. cekik darah sungguh.. padahal nak pasang tu 5 minit pn tak sampai.. memang aku geram betul laa.. klau ikutkan hati nak je aku report kat manager diorang.. ingat aku ni tak reti apa2 pasal komputer ke.. nasib baik aku malas nak tambah keja buat report tu plak..


Monday, January 25, 2010

Hari yang menggembirakan

Bangun pagi tadi terus bukak laptop.. perkara pertama aku tengok mestilah nuffnang.. sekadar nak cek perkembangan terbaru kat situ.. dan ada berita gembira.. ada benda dh masyuk.. waaaa best nyerrrr.. tapi berdebar2 jugak laa.. sebab selagi benda tu tak sampai kat tangan sendiri.. selagi tu masih tertunggu2.. hehehe.. apepun alhamdulillah.. rezeki laa katakan.. nanti kalau dah dapat kat aku aku post entry baru.. tungguuu...

Rasanya sebab kawan2 laa baru aku leh masyuk.. (tapi aku tak tau laa sapa sebab takdak maklumat pasal org yang ringan tangan tu..) terima kasih pada kawan-kawan semua.. dan yang paling best semakin ramai kawan aku join nuffnang ni.. makin bertambah laa ahli nuffnanger.. klau laa nuffnang buat sistem referal yang bagi komisyen setiap kali ada ahli baru join melalui aku mesti aku lagi masyuk kan.. hahaha.. apepun bersyukur je dengan apa yang ada.. :p

Monday, January 18, 2010

Sebagai permulaan

Inilah post aku yang pertama.. aku dah pn linkkan blog2 yang aku ada untuk memudahkan korang lawati.. hehehe.. setiap satu ada tema tersendiri.. so masuklah yang mana-mana korang berkenan.. klau nak masuk semua lagi bagus laa.. ;-p