Wednesday, October 27, 2010

BlackBerry Torch 9800 Plus Celcom Exec 50


“KEHEBATANNYA DALAM KELAS TERSENDIRI, SEMUANYA DALAM SATU SMARTPHONE”

Itulah ungkapan yang dapat aku ucapkan sekaligus menjadi tema untuk entri BlackBerry Torch 9800 pada kali ini.. Dengan menggunakan pendekatan grafik beranimasi untuk menyerlahkan lagi kehebatan BlackBerry Torch 9800, ia akan menjadi lebih menarik, lebih tersusun dan yang paling penting lebih mudah untuk difahami.. Pepatah Cina ada mengatakan “One picture is worth ten thousand words” menjelaskan bahawa satu gambar boleh menceritakan pelbagai perkara..

 Sumber: Click Here
 
Oleh itu, gambar di atas menceritakan segala-galanya tentang BlackBerry Torch 9800.. Tak perlu aku terangkan secara lebih detail kerana gambar di atas sangat mudah untuk difahami dan aku pasti sesiapa yang melihatnya “akan jatuh cinta dengan kehebatan BlackBerry Torch 9800” kerana “SEMUANYA DALAM SATU SMARTPHONE”.

Untuk mengoptimumkan lagi penggunaan BlackBerry Torch 9800 ni.. Celcom telah menyediakan satu pakej BlackBerry Torch 9800 bersama dengan Pelan Celcom Postpaid iaitu pelan “Celcom Exec 50”.. Mari kita lihat kelebihan-kelebihan Celcom Exec 50 yang disediakan khas untuk seluruh rakyat Malaysia..


Berdasarkan gambar di atas, titik-titik hujan yang jatuh ibarat rezeki yang turun kepada manusia.. Begitu juga dengan pelan Celcom Exec 50 di mana ia merupakan rezeki yang dikurniakan daripada Celcom kepada rakyat Malaysia.. Dengan adanya pelan ini sudah pasti ia akan memberi penjimatan berganda serta menguntungkan pengguna berbanding pelan-pelan postpaid yang lain.. Oleh itu, inilah “PELAN YANG MESTI ANDA PILIH”..

Dengan adanya gabungan "BlackBerry Torch 9800 dan Celcom Exec 50", sudah pasti tiada apa lagi yang dapat menghalang kehidupan seharian kerana segala-galanya berada di hujung jari.. Gabungan terhebat ini membolehkan internet dilayari di mana-mana juga dan pada bila-bila masa.. Perhubungan dengan orang tersayang pada kadar yang murah.. Memahat memori secara bergambar atau video dengan kualiti yang hebat.. Tiada istilah sesat dengan adanya sistem GPS.. Serta penggunaan aplikasi-aplikasi yang tiada batasannya setelah memasuki dunia “BlackBerry App World™”..

Akhir kata.. BlackBerry Torch 9800 dan Celcom Exec 50 merupakan gabungan terhebat bagi tahun 2010.. Keterampilan diri akan semakin terserlah dengan adanya BlackBerry Torch 9800 yang disatukan dengan Celcom Exec 50.. “PASTIKAN ANDA MEMILIKINYA”.