Friday, November 26, 2010

Stop Child Abuse



Pengenalan
Penderaan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 3 bentuk..
Pertama: Penderaan Fizikal.
Kedua: Penderaan Mental.
Ketiga: Penderaan Seksual.


Definasi Penderaan Fizikal
Penderaan fizikal bermaksud satu perbuatan zalim terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk mencederakannya.. Penderaan fizikal merupakan satu perbuatan yang kejam yang dilakukan oleh orang dewasa agar kanak-kanak tersebut patuh kepada arahannya.. Selain itu, terdapat juga kes di mana penderaan kanak-kanak atau bayi berlaku disebabkan orang dewasa tersebut mengalami tekanan hidup atau masalah mental sehingga dia sanggup mencederakan kanak-kanak.

Definasi Penderaan Mental
Penderaan mental merupakan satu bentuk penderaan yang boleh memberi kesan terhadap emosi dan perkembangan psikolgi kanak-kanak.. Walau bagaimanapun bentuk penderaan mental ini kurang mendapat perhatian kerana kesannya yang tidak nampak seperti penderaan fizikal.. Antara bentuk-bentuk penderaan emosi adalah:
i) Penolakan
ii) Pengasingan
iii) Menakutkan
iv) Sikap tidak peduli
v) Sikap merasuah fikiran
Antara punca berlakunya penderaan mental ini adalah kerana masalah dalam keluarga atau konflik dikalangan orang dewasa sehingga menyebabkan kanak-kanak terpaksa menanggung tempias masalah tersebut.. Manakala kesannya terhadap kanak-kanak tersebut pula adalah menjadikan mereka murung, takut, pendendam dan sebagainya.

Definasi Penderaan Seksual
Penderaan Seksual merupakan satu bentuk perbuatan memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.. Penderaan seksual kanak-kanak merangkumi :
  1. Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
  2. Menyentuh bahagian sulit.
  3. Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
  4. Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
  5. Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
  6. Membuat panggilan telefon lucah,
  7. Merogol.
  8. Melakukan seks oral.
  9. Meliwat.
  10. Melacurkan.
  11. Mengintai.
  12. Mencium.
  13. Mengusap.
  14. Mempamerkan aksi lucah.

Gambar-gambar yang tak sanggup untuk kita lihat..








Cuba lihat gambar-gambar di atas.. bayangkan anak-anak korang.. atau adik-adik korang.. atau saudara-mara korang.. atau jiran-jiran korang..atau sesiapa sahaja..sanggupkah korang tengok semua ini terjadi.. tak akan ada siapa yang sanggup kecuali orang yang ada masalah mental.. jadi marilah kita sama-sama berganding bahu menyelamatkan kanak-kanak yang tidak berdosa daripada kerakusan orang dewasa menganiaya kanak-kanak..bersama-sama kita laungkan..



Hukuman ke atas kesalahan dera
Hukuman bagi sesiapa yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak adalah dibawah Akta Kanak-Kanak (2001) dan The Penal Code (revised 1997). Hukuman denda maksimum RM 50,000 atau sehingga 20 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali bergantung pada kesalahan. Pesalah-pesalah juga boleh dihukum sebatan, denda dan/atau penjara.



tapaks.blogspot menyokong penuh kempen 


unicef


Credit to:

1 comment:

fikirlah said...

http://briliant-thinker.blogspot.com/