Friday, February 12, 2010

Why I Like It Longer

Panjangggggg... Why I Like It Longer...

Ada orang suka panjang.. ada orang tak suka panjang.. orang pompuan ada panjang yang diorang suka dan ada panjang yang diorang tak suka.. macam tu jugak dengan orang lelaki.. ada panjang yang disukai oleh orang lelaki dan ada jugak panjang yang orang laki memang tak suka.. hehehehe.. kiranya panjang ni boleh dipecahkan kepada dua kategori laaa.. kategori yang disukai dan kategori yang tak disukai...

Mula-mula sekali kita tengok dulu panjang yang orang pompuan suka.. semakin panjanggg benda ni semakin puas orang pompuan.. selagi tak cukup panjangggg.. selagi tu laa diorang ni mencari-cari.. tapi orang lelaki  tak suka pulak.. sebab nanti kena ambil masa yang panjangggg jugak untuk bagi settle.. macam-macam kan.. huhuhu.. apa yang korang pikir hahhhh.. aku cakap pasal resit shopping laaa.. selagi panjang resit tu tak cukup setengah meter.. selagi tu laa orang pompuan ni tak boleh nak berhenti daripada shopping..



aduyaiiii.. resit shopping yang panjang macam kat atas tu memang laki tak suka.. sebab pertama nak menunggu orang pompuan habiskan shopping satu hal.. memang mengambil masa yang panjangggg.. dah ambil satu pastu letak balik ambil yang lain pulak.. sampai kejang kaki menunggu bagi diorang ni betul-betul puas hati.. pastu satu hal lagi time nak membayar lerrr.. dah resit yang terjulur terkeluar dari mesin cashier tu panjangggg maknanya duit yang nak kena keluar pun banyak jugak lerrr.. itu laa salah satu punca kenapa ramai orang lelaki botak sekarang ni.. makin banyak duit keluar, makin banyak rambut yang gugur..



Mengikut statistik.. rambut orang lelaki banyak gugur pada hujung bulan.. masa yang lebih spesifik lagi adalah time dapat gaji.. memang time tu orang pompuan takkan lepaskan peluang nak bershopping sakan.. dan berita terkini yang aku perolehi.. pada masa sekarang pun statistik menunjukkan rambut lelaki gugur jugak sebab sekarang tengah ada sale Tahun Baru Cina.. jadi dinasihatkan kepada semua orang lelaki berbangsa cina sila pakai rambut palsu takut masa anda di supermarket nanti rambut anda habis gugur menjadi botak licin.. hehehe..

Tapi orang lelaki bangsa melayu pun harus berwaspada jugak sebab orang pompuan melayu pun turut serta bershopping sakan sebab difahamkan orang pompuan melayu ni pantang ada sale.. mesti penuh je supermarket.. (makin botak laa kepala aku macam ni..)

Sebelum aku lupa.. dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang berbangsa cina terutamanya warga kerja nuffnang dan ahli-ahli nuffnang..



Dah habis cerita pasal orang pompuan.. orang laki pun ada jugak benda panjang yang disukai walaupun terpaksa.. panjang yang lelaki suka ni sebenarnya sangat disukai  pulak oleh orang lain.. semakin panjang bermakna semakin beruntung orang yang memperolehinya.. kiranya semakin panjang ia akan lebih memberi bermanfaat kepada orang yang menerima.. tak percaya ke?? Takpe aku akan letakkan gambar bukti kat bawah ni.. (oit oit.. apa yang korang pikir hahhhhh..)

Panjang yang aku maksudkan kat atas tu barisan panjang beli tiket bola lerrrr.. makin panjang makin untung tu maknanya makin banyak la duit dapat dari jualan tiket tu.. kiranya betul laa kan makin panjanggg makin memberi manfaat pada orang lain.. ish ish ish.. apa-apa je laa yang korang pikirkan.. cuba tengok kat bawah ni.. punya la ramai bersesak-sesak nak dapatkan tiket bola.. makin kaya laa persatuan bola sepak negara kita ni.. (betul ke makin kaya ek.. macam selalu tak cukup duit je.. hehehehe.. :p)



Ehhhh.. dok bercakap pasal orang pompuan suka panjang.. orang lelaki suka panjang.. aku pun ada jugak benda panjang yang aku suka.. sebenarnya aku mula suka kat benda ni setelah aku mendaftarkan diri dekat nuffnang.. masa aku tengah surf nuffnang tu aku terpandang satu peraduan yang bertajuk..


Win an LG Chocolate Phone Just Because You Like It Longer

Perrgghhh.. sejak aku terpandang keseksian model LG Chocolate tu terus hati aku terpaut.. aku telah jatuh cinta.. siang malam aku terbayangkan model LG Chocolate tu.. mata aku tak jemu-jemu menatap gambar kat bawah ni..

aku takkan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ni.. mana tau ada rezeki aku boleh dapat model LG Chocolate tu.. kalau korang nak tahu.. hidup aku dah tak keruan sejak aku terpandang keseksian dan kepanjangan LG Chocolate tu..  semua benda di sekeliling aku menjadi panjangggg..

bila aku tengok henset aku..
 henset aku jadi panjang..
 ************************************************
 bila tengok motor aku.. 
motor jadi panjang..
************************************************
bila tengok TV pn.. 
 TV jadi panjang..

Pendek kata takde benda yang pendek.. semuanya jadi panjangggg-panjangggg belaka.. memang hidup aku jadi porak peranda sejak kehadiran LG Chocolate dalam hati aku.. makan tak basah.. mandi tak lena.. tidur tak kenyang.. (pepatah baru menggantikan makan tak kenyang.. mandi tak basah dan tidur tak lena.. bagi menunjukkan keadaan yang sangat kritikal..)

Pada suatu malam.. aku telah bermimpi.. mimpi yang agak mengerikan tapi sungguh mengecewakan.. aku bermimpi henset aku kena buli dengan LG Chocolate yang menjadi rebutan semua nuffanger.. henset aku telah kalah teruk sebab LG Chocolate sangat power dan hebat.. memang tak dapat dinafikan LG Chocolate yang baru tu bukan tandingan henset aku tambah pulak LG Chocolate ni lebih panjang daripada biasa.. selepas henset aku kalah dengan teruknya.. LG Chocolate pun datang pada aku dan melantik aku sebagai tuan dia yang baru...
Bila aku tersedar je.. terus aku tengok atas almari tempat aku selalu letak henset aku.. tapi alangkah kecewanya aku sebab henset aku masih berada disitu dan bukannya LG Chocolate.. fikiran aku terus buntu.. aku dah tak boleh nak buat kerja sebab tahap angau aku sudah kritikal.. jadi aku membuat keputusan untuk menelefon nuffnang.. mencurahkan segala isi hati aku dan ingin menyunting LG Chocolate sebagai peneman hidup aku..

Di pagi yang sunyi dan hening maka terjadilah satu perbualan telefon aku dengan pihak nuffnang..

Aku : Hello, selamat pagi, nuffnang ye?
Nuffnang : Hello, selamat pagi, ye nuffnang di sini.. (Perghh.. amoi angkat maa.. manyak sedap oo suara dia..)
Aku : I mau tanya pasal itu LG Chocolate.. I mau satu boleh ka?
Nuffnang : Kalau U nak U kena post satu entry pasal itu telefon laa..
Aku : I tak reti tulis maa.. tak reti buat ayat.. I mau free saja laaa..
Nuffnang : Tarak boleh laa itu macam.. U kena tulis jugak laa..
Aku : Tulis apa-apa saja pun tak apa kaa.. mau tulis berapa panjang maa..
Nuffnang : Ikut suka U laaa.. U punya berapa panjang pun tak apa.. (masa ni aku tersalah dengar.. sebenarnya amoi tu cakap “U nak berapa panjang pun tak apa” bukan “U punya berapa panjang pun tak apa”)
Aku : WHATTTT!!! U ingat I sudah tak dak akal kaa.. mana boleh U suruh I tulis itu macam..
Nuffnang : apa pasal pulak.. I suruh U tulis apa? (amoi tu kebingungan..)
Aku : U suruh I tulis pasal I punya panjang..
Nuffnang : HAIYAAAA!!!! Masa bila I suruh U tulis pasal U punya panjang.. I cakap “U nak berapa panjang pun tak apa..” U dah salah dengar ni..
Aku : ALAMAKKKKK!!! I salah dengar ke??? Tuttt tuttt tuttt tuttt..

Aku terus meletak telefon dengan perasaan yang teramat malu sehingga tak terkata-kata dan rasa ingin menyorok di dalam peti ais.. amoi tu nak bagitau aku boleh tulis entry berapa panjang pn yang aku nak.. tapi aku silap dengar ingatkan amoi tu suruh tulis pasal aku punya panjang.. rupa-rupanya aku yang tersalah pikir.. huhuhuhu..

sejak dari itu impian aku untuk mendapatkan LG Chocolate semakin pudar.. aku tak pasti adakah aku mampu memilikinya.. walaupun siang malam aku terbayangkan LG Chocolate berada dalam genggaman aku.. tapi aku sekadar mampu menatap gambarnya sahaja seperti yang aku paparkan di bawah ni.. di dalam hati, aku terus berdoa agar jodoh aku dengan LG Chocolate akan datang juga pada suatu hari nanti.. semoga mimpi aku menjadi kenyataan..


No comments: